Friday, December 16, 2011

Kids Update: My tot is 21 mo & my twins are 4mo

14 Dec 2011                - Tia Zahraa genap 21 bulan (1 tahun 9 bulan)
16 & 17 Dec  2011 - Aariz & Hafiy genap 4 bulan

Kesihatan:
Tia tengah selsema dan batuk. aku rasa setiap 2 bulan mesti dia dpt selsema terus ke batuk. Lemah btul antibodi badan dia. Budak ni memangla tak tahan sejuk skit. Ni balik dari Jerai lagi la bertambah2 terus selsema & batuk dia. Aku nak bawak g cucuk setahun setengah pun asyik cancel aje..alahaiii tia..dah lama tak g KJMC, so tak tau berat dia berapa, dengan ketinggian dia. Hopefully by end of this month dapat la bawak dia g check up.

Si kembar pulak baru g cucuk hari selasa lepas. cucuk yang 3 bulan yer, bukan 4 bulan..hehe, lambat sebulan dorang nih. takpela, janji dapat gak inject nyer.

Perkembangan dorang :

Aariz

Berat : 5.6kg
Panjang: 62cm
BMI utk umur: 14.56
Lilitan kepala: 38.5 cm
Hafiy
Berat : 5.5kg (kurang 0.5 dari abg dia)
Panjang: 60.5cm (kurang 1.5 cm dari aariz)
BMI utk umur: 15.03 (tinggi dari aariz)
Lilitan kepala: 38.5 cm (finally ada gak yg sama, hehe)

Sekarang pun ada tanda2 nak selsema gak..huhu..aku cukup risau kalau dorang selsema, kang mau meragam. tetiap malam aku sapu vicks kat dada & hidung dorang.

Tabiat

Tia makin keletah. Dia nak mula bercakap bahasa melayu..haha, sebelum nih kan bahasa alien dia cukup pekat. Tapi sekarang nih takder la boleh cakap sebutir2, ada la pelat2 dia. Janji aku pahamkan. Yang paling aku suka bila dia dah pandai nak mintak susu. walaupun bunyi dia "uhu" tapi aku tau, maksudnya susu..haha..kalau dulu asal nak susu aje, dia akan nangis, so aku jadi confuse dia nak apa sebenarnyer..bila kite tak paham dia akan nangis lagi..sengal aku!

Pastu bila kite sebut satu perkataan tu slow2, dia akan ikut. Aku suka btul dgr dia sebut..aku akan ulang sampai dia malas dah nak ikut. haha. Lagi beberapa bulan lagi nak masuk 2 tahun..Semoga dia membesar dengan ceria & sihat :)

Si kembar pulak dah pandai nak berborak gak. Si Hafiy paling ceria..mudah senyum bila kite agah. Si Aariz pulak ikut mood. ada mood nak bercakap, dengar la suara dia. kalau idak..tidur aje la.
Karakter dorang nih lain..aku cam dorang sebab perangai, buat sebab fizikal. Dorang nih ada masa kuat minum susu, ada masa taknak minum sgt. Kekadang setiap 2 jam, ada masa sampai 4 jam baru mintak susu balik. Oh, kiteorang campur2 susu dia..siang aku kasik Lactogen, malam aku kasik Friso..dua2 dorang telan. apsal buat macamtuh? haha, aku pun tak tau nape..cuma last month adik ipar aku dapat sample susu friso dari hospital dia keje, so dia past kat kiteorang utk try kat kembar. Lepas tuh kembar macam ok dgn Friso Gold tuh, terus la kiteorang beli setin demi setin..but Lactogen still maintain..hehe..as long berak macam biasa ok la..

Tia makin sayang dengan adik2 dia. Asal celik mata aje, perkara pertama dia akan buat adalah mencium adik2 dia. Comel sangat! tapi bila suruh cium aku, dia buat tak reti aje..sabar aje laaaaaa! Tia memang susah nak cium orang kecuali si kembar aje..sampai kite kena stop kan dia dari cium budak2 tuh..naik rimas nengok. haha..

Si kembar dengan jaket hoodie..seriyes sejuk gak kat atas puncak
tapi dah turun bawah, panas terik..

Si Hafiy Zafran
i luv this photo!

Aariz Zaydan

My princess yang makin lasak


1 idea?!:

Bonda Adam said...

ehehehe tia pelat ye...si kembaq aku pon pelat gak..diaorg ni kan rakan sabaya tia..

kembaq ko mmg hansome la.. tak menahan tgk pakai baju sejuk tapi kaki seksi..hehehe

 
Blog Template by Delicious Design Studio