Aku buka website Pa&Ma, pastu copy paste la amalan tido nih, bukan untuk anak2 kite pun, tapi elok untul amalan kite jugak..ada beberapa amalan yang aku dah praktikkan kat Tia, ada yang belum..macam ajar Tia baca doa tido..memang takla budak kecik nih dah pandai baca kan..hehe..aku aku la tukang bacakan doa untuk dia..
nak tau tips2 lain, link kat SINI
(bagi aku yang baru jadi mak nih, memang ketinggalan la kot, sure dah ramai orang tau pasal website nih, lagi2 yang tetiap bulan beli majalah pa&ma nih kan..heheh..aku pun tetiap bulan beli majalah nih, tapi idak ler hafal semua benda dalam tuh, layan website pun best!)
so inila amalan yang patut kite lakukan pada anak2 kite semasa/selepas dia tidurrr..
Sebelum anak anda melabuhkan tubuh di atas katil di malam hari, dia seharusnya diajar tentang beberapa panduan atau adab penting sebelum melelapkan mata.
Tidur yang sempurna bukan sahaja dapat menyegarkan tubuh ketika bangun tidur keesokan harinya, malah turut membantu dia menjadi seorang yang berakhlak mulia. Berikut adalah antara adab tidur yang perlu diamalkan bagi membantu anak kecil anda memperoleh keberkatan hidup sepanjang hayatnya.
1. Wudhu
Rutin biasa yang biasa diajar oleh kebanyakan ibu bapa sebelum membenarkan anak masuk tidur ialah membersihkan diri dengan menggosok gigi dan membasuh kaki. Namun, ada baiknya jika anak anda turut dididik sejak kecil untuk mengambil wudhu sebelum tidur. Apabila anggota tubuh bersih, insya-ALLAH tidurnya lebih lena tanpa sebarang gangguan.
(aku la kena berwudhuk, Tia mane reti lagi, tapi nanti umur 5 tahun aku ajar dia ek :) )
2. Berdoa
Ibu bapa perlu mengajar anak membaca surah-surah lazim seperti yang dilakukan oleh Rasulullah sebelum baginda tidur. Antara surah-surahnya ialah Al-Fatihah, al-Ikhlas, an-Naas, Al-Falaq dan lain-lain. Selain itu ajar dia membaca doa sebelum tidur. Tujuan utama amalan penting sebegini ialah untuk menjauhi dia daripada gangguan syaitan sewaktu tidur.
(yang ini aku baca tetiap malam masa nak tido kan dia, surah al-fatihah, kursi, 3 Qul, then tiup kat ubun2 dia..baru la dia tido lenaaa)
3. Baca buku
Mengikut ramai pakar motivasi, masa tidur adalah waktu yang paling untuk ibu bapa mendekati anak. Ini dapat dilakukan dengan membacakan buku-buku cerita teladan. Daripada situ, gunakan kreativiti tersendiri untuk menonjolkan mesej-mesej baik daripada cerita berkenaan agar ia dapat dijadikan tonggak hidup si kecil.
(blum beli lagi cloth book, tapi aku baca majalah Pa&Ma la depan dia, or baca buku ape2 ajela, dia terkebil2 tengok aku..tapi tahan 15 min aje kot..hehe)
4. Bisikkan doa
Ibu bapa digalakkan untuk berdoa ketika anak hampir melelapkan mata. Amalan ini penting kerana dipercayai ketika ini sebagai antara waktu-waktu doa mudah dimakbulkan. Sambil berdoa, usap ubun di kepala anak anda dan ramas lembut jari-jarinya.
(okeyyy, ini kekadang aku amalkan, abah aku pun ada pesan macam nih..so aku doakan supaya dia jadi anak yg solehah & baik akhlaknyer, sifat2nyer dan dengar kata Ummi & Abah dia, InsyaAllah..)
5. Ungkapkan sayang
Ketika anak dalam keadaan ?tidur-tidur ayam?, dengan sepenuh hati katakan anda sayang kepada si manja. Selain itu, luahkan apa sahaja pujian-pujian agar dia tahu anda sentiasa menyayangi dirinya. Ketika manusia dalam keadaan ?tidur-tidur ayam? otak kanan masih bekerja. Jadi, apa sahaja yang anda perkatakan, ia akan melekat di minda si cilik.
(ini pun sekali sekala aje aku buat, hurmm.. lepas nih kena buat la tetiap malam :) Ummi loves Tiaaaa..)
6. Posisi
Posisi tidur yang baik seperti saranan Rasulullah adalah tidur di sisi sebelah kanan (rusuk kanan sebagai tumpuan). Sementara itu, posisi yang paling perlu dihindari ialah tidur dalam keadaan meniarap.
(haiyooo, sekarang Tia tgh galak nak meniarap, sampai tido pun nak meniarap..maybe dia kecik lagi so exceptional kot..hehe, ni untuk abah Tia,cos dia selalu tido meniarapp..hehe..so Yang, sila tukar cara tido you tu.. :p )
7. Mohon maaf
Jika sebelum si kecil tidur, anda tanpa sengaja memarahinya, ambil peluang sebelum dia melelapkan mata untuk meminta maaf. Jadikan amalkan untuk kedua-dua pihak saling memohon maaf antara satu sama lain. Tidur tanpa meminta maaf dan memaafkan akan menyebabkan dendam itu tersimpan di otak kiri dan dikhuatiri ia boleh menjejaskan peribadi anak anda di kemudian hari.
(lately nih aku selalu marah Tia, sebab dia makin manja & mengada..lepas nih Ummi mintak ampun kat awak yer, time awak tido nanti..hehe, sila jgn dendam dengan Ummi tau, Ummi kan sayang Tiaa..muah muah* )
8. Ciuman
Janganlah membiarkan anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam. Biasakan dia untuk bersalam dan mencium anda sebelum lena. Cara sebegini bukan sahaja dapat dijadikan simbol anda sayangkannya malah turut membantu di tidur dengan nyenyak kerana dia tahu anda sentiasa berada di sisinya.
(setiap masa aku cium dia, sampai ada kesan ciuman kat muka dia..hehe..kiss kiss, chup chupp)
9. Doa
Sesudah bangun tidur, si anak hendaklah diasuh untuk sentiasa membaca doa. Amalan ini dapat menyucikan hati daripada sifat-sifat yang negatif. Malah, dengan cara sedemikian, ia dapat membersihkan hati kesayangan anda itu daripada perasaan yang tidak baik.
(yang ni aku pun selalu terlupa nak doa biler bangun tido..sampai dah terlupa doa tu..adehhh, lepas nih kena la cari blk doa bangun tido)
Ummi, saya nak tidooo, meh lerrr baca doaa..
nota kaki: semua nih ajaran & sunah Rasullah s.a.w ..ada keberkatan kalau diamalkan, InsyaAllah..
1 idea?!:
:rainbow owhhh...tetiba aku nal nyanyi lagu Ummi..Ummi...
Post a Comment