Thursday, August 19, 2010

Majlis Berbuka Puasa & Meraikan Anak2 Yatim Baitul Kasih

Minggu depan (25 Ogos) opis aku ada majlis berbuka & meraikan anak-anak yatim Baitul Kasih, Bukit Rahman Putra, Rawang. Majlis nih buat kat opis aku aje, ada hall khas untuk segala maklis makan2 dll. Setiap tahun ada aje umah anak yatim dijemput..selama aku 2 tahun kat sini tak penah lagi join, sebab ada jer seisi berbuka puasa di luar.

So tahun ini bos kasik arahan "compulsory" untuk semua staff department aku. Jawabnyer kenala aku pegi. Program dari 6ptg sampai 9.30mlm..Yang bestnya ada solat terawih berjemaah..ada gak peluang aku nak solat terawih berjemaah tahun ini, jadila walau sekali pun..mintak tolong adik ipar buat overtime la jaga Tia..hehe.

Ape yang aku nak cite kat sini pasal Baitul Kasih ni, ada kakak opis telah fwd kan satu email kat semua staff, pasal sumbangan ikhlas untuk mereka..

"Serba sedikit mengenai Rumah anak-anak Yatim ‘Baitul Kasih’, saya pernah menyertai kumpulan anak-anak yatim ini melawat Zoo Negara anjuran sebuah syarikat, beberapa bulan yang lalu.

Dari pandangan saya, anak-anak itu seperti anak-anak dari rumah anak-anak yatim yang pernah kita raikan di CGC tetapi yang menyedihkan saya adalah diantara mereka ada yang cacat anggota badan, berkerusi roda kerana mempunyai kaki ‘cripple’ dan kanak-kanak yang cacat penglihatannya sejak kecil serta tidak pernah merasai kasih sayang & belaian dari kedua ibubapanya.

Bayangkan bagaimana penjaga ‘Baitul Kasih’ ini mengelola anak-anak ini? Saya pernah sms penjaga ‘Baitul Kasih’ ini dan bertanyakan tentang barang-barang keperluan untuk anak-anak ini. Selain dari sumbangan kewangan, rumah ini juga mengharapkan sumbangan seperti dibawah :

1. Pampers bayi (saiz M& L) & orang dewasa (untuk remaja OKU)
2. Minyak angin seperti minyak Yuyi & minyak telon utk bayi/kanak-kanak
3. Susu bayi (Dutch Lady 1-2-3)
4. Barangan peribadi i.e. ubat gigi/syampu/sabun/berus gigi
5. Bahan pencuci lantai, Dettol etc.
6. Milo
7. Beras / gula / tepung gandum - barangan dapur
8. Pakaian2 terpakai (yang masih elok & sesuai untuk kanak2 berusia dari 1-17 tahun)
9. Alat2 mainan
10. Buku cerita kanak2 / buku teks / buku2 agama

Sumbangan ikhlas dan kedatangan anda kemajlis berbuka nanti amatlah diharapkan, marilah sama-sama kita raikan mereka. Jika ada sebarang sumbangan seperti diatas boleh diserahkan kepada saya (pusat pengumpulan). Contoh : Jika pada bulan ini, anda tambahkan 1 tiub ubat gigi yang berharga hanya RM5.90 dalam shopping list anda maka, kita beroleh sumbangan lebih kurang sebanyak 37 tiub ubat gigi dari Corporate Planning Division! "

Sedih plak biler aku baca email kakak nih..Balik nanti aku nak selongkar umah aku, mane2 yang elok dan tak digunakan lagi, aku nak kasik la mereka2 ini..pastu carik kotak kosong (kertas potoste) yang tak guna kat opis nih utk letak barang2 tu..hehe..(misi terbaru)

kepada sesiapa yang berdekatan dengan Baitul Kasih nih atau sesiapa aje yang ingin salurkan sumbangan untuk Baitul Kasih ini boleh la berbuat demikian dan hantar terus ke sana..terima kasih!!

Nota kaki: bersyukur atas segala kurniaan-Nya..


2 idea?!:

mylongjourney said...

aku nk bayar fidyah kasi kat budak2 tu boleh kan? 7 cupak beras equal tu berapa eyh?? hehe

lokmanfirajunior said...

hehe..aku pun tak tau la babe..aku pun nak byr fidyah sebab last year tak puasa selama sebulan..huhu..bleh ek kalu kita bagi 5kilo beras terus kat diaorg dgn niat bayar fidyah?tanpa perlu pegi ke Amil Zakat tu?

25 ogos nih ada Amil Zakat Selangor dtg opis aku, nak kutip zakat kat staff2 opis nih, nanti aku tanyer kan ek, then aku update ko!heheh..

 
Blog Template by Delicious Design Studio