Aku takder tajuk entry yang specific..cuma nak merapu meraban aje..
Ada lagi 15 min nak balik rumah. Hari ini aku amik half day. Cuti tahunan aku memang tinggal separuh hari aje..dah alang2 memang aku nak abiskan terus, tap payah nak bawak ke tahun hadapan..settle terus cuti aku sepanjang tahun 2011. Cuti sakit aku pun settle 30 hari..hahaha, semua gara2 pregnantkan kembar dan sikit2 penyakit malas dari aku sendiri. Tahun ini KPI keje aku sangat tak baik. Average aje..huhuhu, performance drop..jiwa aku takder kat opis sepanjang tahun...sampai aku macam nak cari keje lain..
Harap2 tahun hadapan aku dapat semangat yang baru...dan memperbaiki prestasi aku. InsyaAllah...
Pagi nih tak pasal2 aku kena jadi secretary bidan terjun. Gara2 opis hampir kosong..ramai orang tak datang termasuk head department aku. No choice terpaksa la masuk meeting jd tukang catit, dan tak pasal2 aku kena siapkan minutes dan submit next week. Adehhhhhh...azam baru la sgt, haaaa amikk ko! keje adhoc la pulakkk! mencikkkkk! cmne la semangat aku nak naik, belum pape dah kena buat keje yang aku tak gemar..mengarang minutes meeting.
Next week aje la aku submit. aku nak balik & bercuti 3 hari setgh dengan family aku tanpa gangguan! yeayyy!!
Semalam ending cite Tentang Dhia sgt la sedeyy...aku sebakk aje, tahan nangis sebab lokman ada..hahaha, kang mesti dia nak bahan aku sebab aku nangis..hahaha..plus si tia asyik kaco aku aje time aku nak feeling..sabar aje la aku. Nasib baik kembar tido. Aku suka ending cite tuh, sgt luving..kira drama of the year la selepas nur kasih & drama yang mia sara, lisa surihani berlakon tuh..maya sumthing2...lupa lak pulak tajuknyerrr..hihi. Aku memang kaki drama, tapi aku tgk jugak pelakon2 nyer..lagi2 drama tv3..sgt terbaik!!
ok tutup cite drama..
malam nih nak celebrate besday abah aku kat Pyramid. semalam besday ayahanda yang ke 62 tahun. Setiap tahun wajib celebrate besday keluarga..dan kali nih aku yg arrange. Beli voucher murah kat Groupon, Chicken Hartz Buffet. hahaha..makan sampai kenyang! reason aku nak balik awal, nak g Pyramid awal, so leh cuci2 mata...shopping apa yang mampu, sebab YES dah abis dah 2 Jan nanti..
esok pulak aku nak bawak tia g KJMC, nak cucuk dia untuk setahun setengah. Finally, berjaya jugak nak arrange appointment dia dengan doc. semoga dia tak demam lepas di cucuk, sebab cuti 3 hari nih takkan nak melepap kat rumah aje..memula Lokman cadang nak g Genting, tapi hotel semau penuh..huhuhu..tak dapat la nak berjalan2 makan angin. tak tau lagi nak buat ape new year nih..will think later, skrg dah boleh balikkkk!!
ok bloggers semua..
HAPPY NEW YEARRR!! HAPPY 2012!!!
SEMOGA KITE SEMUA DI BERKATI ALLAH SWT, DAN SEMOGA TAHUN 2012 LEBIH BERMAKNA DAN DI RAHMATI OLEH-NYA. AMINNNNN..
SEE U GUYS IN NEXT YEAR...WASSALAM..
OH, AKU NAK MINTAK MAAF ATAS SEGALA SALAH SILAP AKU IF KORANG ADA TERASA KE APA YANG AKU TULIS...AMPUNNNNNN!! :)
PEACE. TILL THEN..BUBYEEEE!
DARI AKU & FAMILI
LUV
BUBYE 2011.....